Edisi Ronda EP.8 : Kota Malang, Indonesia

Destinasi saya seterusnya ialah ke satu tempat di Indonesia iaitu Kota Malang. Kota Malang adalah sebuah kota di Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Kota ini berada di dataran tinggi yang cukup sejuk, terletak 90 km sebelah selatan Kota Surabaya, dan wilayahnya dikelilingi oleh Kabupaten Malang. Malang merupakan kota terbesar kedua di Jawa Timur, dan dikenal dengan jolokan kota pelajar.

Wilayah Malang telah ada sejak masa dahulu lagi dan menjadikan ia sebagai kawasan penempatan. Di sini terdapat banyak sungai yang mengalir di sekitar tempat ini dan menjadikannya sesuai untuk kawasan penempatan. Wilayah Dinoyo dan Tlogomas diketahui merupakan kawasan pemukiman prasejarah terkenal.

Apa yang menjadikan kota ini dianggap sebagai prasejarah ialah dengan wujudnya banyak bangunan-bangunan purbakala yang berserakan di daerah tersebut, seperti Candi Jago dan Candi Kidal, yang keduanya merupakan peninggalan zaman Kerajaan Singasari.


Epal kota Malang
Jika ke sini jangan lupa merasai buah epal malang yang kebanyakkan dijual di pasar-pasar buah sekitar pekan tersebut. Bagi melepaskan penat, saya telahpun memilih sebuah hotel yang dianggap unik dari segi binaannya iaitu Hotel Gajahmada Graha.

Hotel Gajahmada Graha
Bilik

Di sini saya paparkan gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang perjalanan ini untuk tatapan semua.



Sekian buat kali ini.

Labels: , , ,